ARTIKEL

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat yang bermula semalam itu dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat hadir Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan yang diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, Johor diwakili Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Selangor diwakili Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mesyuarat turut disertai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Seri Paduka diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad manakala Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing dan Yang di-Pertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha