ARTIKEL

Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berharap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Seri Paduka Baginda apabila berkenan menerima menghadap Duta Besar China di Malaysia, Ouyang Yujing, hari ini, yang turut disertai oleh Presiden FAW Hongqi Global, Wang Lingyu dan tokoh perniagaan Tan Sri Lim Kok Thay dan Datuk Lim Chee Wah.

Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala Malaysia-China serta isu semasa berkaitan kedua-dua negara.

“Dalam sesi menghadap ini, seri paduka turut berkenan memberikan pandangan mengenai hala tuju hubungan diplomatik antara kedua- dua negara dan keperluan untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang lebih luas,” menurut hantaran yang dikongsikan melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Menerusi hantaran itu, Sultan Ibrahim bertitah China salah satu kuasa ekonomi dunia yang penting dan rakan dagang yang besar kepada Malaysia.

Justeru, Seri Paduka Baginda berharap Malaysia menggunakan keupayaan uniknya untuk memanfaatkan dan meningkatkan jumlah dagangan, pertukaran teknologi serta turut mengembangkan eksport ke China.

Dalam pertemuan yang sama, Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan dengan Hongqi L5, sebuah kereta keluaran China dan Sultan Ibrahim merupakan pemilik pertama di dunia.

Kereta keluaran FAW Group yang menampilkan rekaan gaya retro itu digunakan oleh pemimpin tertinggi China bagi acara kenegaraan serta diplomatik.

– Bernama

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA