ARTIKEL

Agong hargai khidmat Tentera Darat bantu perangi penularan COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-88 kepada seluruh warga angkatan Tentera Darat, termasuk veteran dan semua yang pernah berkhidmat.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook menyatakan baginda turut menzahirkan penghargaan kepada anggota angkatan Tentera Darat, khususnya yang bertugas di barisan hadapan atas pengorbanan dicurahkan dalam membantu kerajaan memerangi penularan wabak COVID-19.

Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga perwira dan anggota Tentera Darat yang sudah terkorban ketika bertugas.

“Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), baginda turut menyanjung tinggi jasa, khidmat bakti dan pengorbanan dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota Tentera Darat dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

“Semoga angkatan Tentera Darat terus menjadi sebuah angkatan disegani dan dihormati di persada antarabangsa,” titah baginda.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke