CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Agong, Permaisuri lawat bazar Ramadan Labuan Walk

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LABUAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan meluangkan masa melawat Bazar Ramadan di Labuan Walk di pusat bandar pada Jumaat.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail dan ketua-ketua jabatan kerajaan pada 3.55 petang.

Kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong itu jelas menceriakan rata-rata pengunjung dan peniaga di bazar berkenaan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berada di Labuan dalam lawatan tiga hari sehingga 2 April, dan dijadual berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Jamek An Nur nanti.

Seorang pengunjung bazar Junaidi Abdullah, 49, yang jelas teruja dengan kehadiran pasangan diraja itu berkata, ia merupakan detik manis yang tidak dapat dilupakan, menyaksikan kehadiran Seri Paduka berdua melawat bazar itu dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung.

Kira-kira 2,000 orang mengunjungi bazar berkenaan untuk melihat kelibat tetamu istimewa hari ini secara lebih dekat.

Baca lain  Pemeriksaan di sekolah pastikan patuh SOP - Menteri Pendidikan

Ia menempatkan 209 lot bazar yang menawarkan pelbagai kuih-muih, lauk-pauk serta minuman untuk berbuka puasa.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru