KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.
Hantaran di akaun rasmi baginda Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah juga turut menzahirkan harapan semoga sambutan Tahun Baharu Cina terus mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.



