ARTIKEL

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah semalam menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia yang disambut hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Malaysia sentiasa dirahmati Allah SWT dengan keamanan yang berpanjangan dan dilindungi daripada sebarang musibah.

Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur atas perpaduan serta semangat muafakat dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang terus menjadi tunjang kekuatan negara sejak dahulu.

Sambutan Hari Malaysia 2025 yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, dengan menampilkan pelbagai pengisian menarik mulai pukul 9 pagi.

Edisi kali ini diadakan di Pulau Pinang selaras dengan amalan penggiliran lokasi sambutan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia setiap tahun. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU