ARTIKEL

Kredit: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Agong Zahir Ucapan Selamat Ulang Tahun Kepada Sultan Brunei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut mendoakan semoga Allah SWT merahmati Sultan Brunei dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia baginda.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.

Baginda merupakan pemerintah monarki yang paling lama masih bertakhta di dunia, selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Sept 2022. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan