ARTIKEL

Agro Bazar platform pasarkan produk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: A.B.O Trading bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk membantu usahawan, terutama di luar bandar melalui pembukaan kedai Agro Bazar dalam talian yang pertama di Malaysia.

A.B.O Trading telah membuka lebih 26 kedai rakyat yang menjual produk usahawan di bawah projek Fama dan merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di sekitar Sarawak selepas 12 bulan beroperasi.

Menurut Pengurus Projek A.B.O Trading Zamahari Hanapi, kedai Agro Bazar dalam talian merupakan projek perintis di bawah Fama, sebagai hub untuk membantu memasarkan produk usahawan Sarawak.

“Jika usahawan Sarawak berjaya menjadikan platform dalam talian dengan sebaiknya, negeri lain akan turut mengikut rentak kita.

“Ia juga sebagai satu cara untuk membuktikan rakyat Sarawak mampu bekerjasama dalam satu unit dan berkembang sebagai usahawan. “Kini kita bergabung dengan lebih 75 usahawan daripada Usahawan Kejiranan Mesra (UKM) di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan usahawan Old Kuching Smart Heritage (OKSHe).

Mereka terlibat dalam pemasaran dan promosi produk. Lebih ramai usahawan akan terlibat pada masa akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis penyerahan Agroexpress Delivery dan pelancaran Jualan Pra-Aidiladha Agro Bazar Dalam Talian di Pusat Komersial Swan di sini, kelmarin.

Menurutnya, Agroxpress Delivery Box akan membantu usahawan menghantar setiap produk di bawah kendalian Agro Bazar dalam talian.

“Bagi fasa pertama, ia akan dikendalikan oleh usahawan sendiri. Selepas itu lebih ramai lagi penghantar barangan akan kita kumpul untuk fasa berikutnya.

“Penekanan kita ialah usahawan di luar bandar, kerana platform ini membantu usahawan dari Lubok Antu dan Sarikei. Mereka hanya perlu menghantar produk ke sini dan kita akan pasarkannya ke Agro Bazar dalam talian ini,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu