ARTIKEL

Martin ketika berucap pada Agrofest Serian 2026. |Foto Ghazali Bujang

Agrofest Serian Tarik Minat Belia Ceburi Sektor Pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Program Agrofest Serian 2026 menjadi platform penting dalam memperkenalkan teknologi pertanian moden, memperkasa usahawan tani serta menarik minat golongan belia menceburi sektor pertanian selaras dengan agenda keterjaminan makanan Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Martin Ben berkata, Agrofest bukan sekadar pameran hasil pertanian, ia menjadi medium bagi memberi penerangan kepada masyarakat berkaitan dasar, program pembangunan serta teknologi terkini yang dilaksanakan kementerian dan agensi di bawahnya.

“Agrofest Serian 2026 merupakan siri keempat jelajah agrofest sebelum acara kemuncak peringkat negeri diadakan di Bintulu pada penghujung September depan.

“Agrofest diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai hala tuju pembangunan sektor pertanian dan penternakan, mempromosikan produk usahawan tani, memperkenalkan teknologi digital dalam pertanian serta menggalakkan penyertaan golongan belia dalam sektor ini.

“Ia juga menjadi platform menghubungkan petani dengan agensi kerajaan, pemain industri dan pengguna,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Agrofest Serian 2026 yang disempurnakan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom di Pusat Persidangan Serian (SCC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Martin memberitahu, Bahagian Serian yang meliputi Serian, Tebedu, Siburan dan daerah kecil Balai Ringin sememangnya terkenal sebagai antara kawasan utama pengeluaran hasil pertanian dan penternakan di Sarawak.

Katanya, kawasan itu mempunyai pelbagai komoditi utama termasuk kelapa sawit, lada, koko serta tanaman makanan selain sektor perikanan darat dan penternakan lembu yang berkembang pesat.

Tambahnya, Bukit Semuja turut mempunyai kawasan penanaman jagung bijirin untuk makanan ternakan yang berpotensi diperluas bagi meningkatkan pengeluaran makanan haiwan tempatan.

“Usaha ini penting untuk mengurangkan kebergantungan makanan ternakan yang diimport,” jelasnya.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,