ARTIKEL

Ahli Parlimen Batang Lupar rasmi Kejohanan Terbuka Bola Sepak Piala Aidilfitri Kampung Maludam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Kejohanan Terbuka Bola Sepak Piala Aidilfitri telah berlangsung di Kampung Maludam, Pusa dengan kehadiran Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, semalam.

Beliau turut merasmikan kejohanan itu dan menyantuni pasukan-pasukan yang terlibat serta menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar, Pusat Khidmat DUN Lingga dan Jawatankuasa Pembangunan Belia Maludam.

Sebanyak lapan pasukan dari kawasan Maludam, Semarang, Spinang, dan Simunjan mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama empat hari itu.

Mohamad Shafizan berharap kejohanan itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin masyarakat dan rakyat pada peringkat akar umbi. – EDISI UKAS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU