ARTIKEL

 Ahli Parlimen GPS selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesemua 18 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang ini.

Menurut Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof, Ahli-Ahli Parlimen GPS telah dipanggil menghadap seorang demi seorang, dalam tempoh antara dua hingga tiga minit setiap seorang.

“Mereka turut diminta mengisi borang mengenai siapa yang mereka sokong untuk menerajui kepimpinan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fadilllah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata seperti yang telah dipersetujui sebulat suara oleh kepimpinan tertinggi GPS, kesemua 18 Ahli Parlimen GPS menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan