ARTIKEL

Aaron menyampaikan bantuan bakul makanan kepada mangsa kebakaran rumah panjang Paulus Yan.

Ahli Parlimen Kanowit lawat mangsa kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Tragedi kebakaran yang memusnahkan rumah panjang Paulus Yan di Sungai Buan, Kanowit, dua hari lalu telah mengakibatkan 88 penghuni daripada 15 keluarga kehilangan tempat tinggal.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Datuk Aaron, Bawan, yang dibuka oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Insiden ini bukan sahaja memusnahkan kediaman mereka, tetapi juga menyebabkan kehilangan hampir keseluruhan harta benda.

Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Sri Aaron Ago Dagang, yang melawat lokasi kebakaran hari ini, menyampaikan rasa simpati mendalam kepada mangsa.

Dalam kunjungannya, beliau turut menyerahkan bantuan kepada mangsa dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

Aaron meninjau keadaan rumah panjang Paulus Yan yang musnah dijilat api baru-baru ini.

“Sebagai wakil rakyat bagi kawasan Kanowit, saya amat memahami kesusahan dan cabaran yang sedang dihadapi oleh mangsa kebakaran ini.

“Pejabat saya juga akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan, jabatan kebajikan, serta badan-badan sukarela untuk memastikan proses bantuan berjalan lancar,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat setempat agar terus memberi sokongan moral kepada mangsa untuk meringankan beban emosi mereka.

“Kita akan berusaha membantu mereka kembali bangkit daripada tragedi ini dan memulihkan kehidupan mereka secepat mungkin,” tambahnya.

Buat masa ini, pihak berwajib sedang menilai kerosakan dan merancang langkah pemulihan, termasuk pembinaan semula rumah panjang.

Usaha ini memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk memastikan mangsa dapat kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.

Aaron meluangkan masa melawat mangsa kebakaran rumah panjang Paulus Yan di PPS di Dewan Datuk Aaron, Bawan.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU