ARTIKEL

Ahli perniagaan Pas dilantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Ahli perniagaan dari parti PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mencipta sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini.

Pelantikan Mohd Khairuddin, 47, yang bakal menerajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Selain berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus dari 2013 sehingga kini, anak jati Seberang Takir itu turut memegang beberapa jawatan penting dalam parti termasuk sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS sejak 2015 sehingga kini.

Sebelum aktif dalam dunia politik, Mohd Khairuddin pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1999 sehingga 2002 dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 2002 sehingga 2008.

Beliau yang sering lantang bersuara dalam memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat di Parlimen turut aktif dalam kerja-kerja amal dan kini merupakan pengasas dan pengerusi Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha serta Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha di Bangi, Selangor.

Berikut merupakan biografi Mohd Khairuddin:

Nama: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (turut dikenali Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri)

Tarikh lahir: 9 Dis 1973

Asal: Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pendidikan:

1986: Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin

1992: Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin

1996: Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan dari Universiti Jordan

2000: Sarjana Bahasa Arab dan Kesusasteraan dari Universiti Aal Al-Bayt, Jordan

2001: Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kerjaya:

1999 – 2002: Pensyarah UIAM

2002 – 2008: Pensyarah UKM

Politik:

Ahli Parlimen Kuala Nerus setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013

Mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Penggal 2015 – 2017

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Penggal 2017- 2019

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Penggal 2019 – 2021

Penglibatan dalam bidang swasta:

Pengasas dan Pengerusi, Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha di Bangi, Selangor

Pengasas dan Pengerusi, Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha di Bangi, Selangor

Ahli Lembaga Pengarah, Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Kuala Terengganu.

Ahli Lembaga Pengarah, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad  – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU