SARAWAK: Ahmad Junoh dari Kelantan yang telah dinobatkan sebagai Jutawan ke-106 dalam Skim Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) baru-baru ini
“Kemenangan tersebut bukan sahaja memberikan peluang kepada Ahmad untuk meningkatkan taraf hidupnya, tetapi juga menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus menyimpan dan merancang masa depan kewangan yang lebih baik,” menurut satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook BSN Malaysia
Bagi mereka yang belum mempunyai akaun BSN SSP, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi mana-mana Cawangan BSN terdekat dan mulakan simpanan hari ini.
Pelanggan sedia ada juga digalakkan untuk menambah simpanan mereka melalui Perbankan Internet myBSN, kaunter BSN, Cawangan Bank Bergerak (CBB), ATM, dan CDM.
“Inisiatif ini memudahkan proses simpanan dan memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan,” ujar kenyataan itu lagi.
Jangan lupa untuk menantikan Cabutan terakhir BSN SSP 2024 dan pengumuman hadiah-hadiah menarik sempena BSN SSP 2025 pada 4 Januari 2025.
Pelbagai hadiah menarik menanti, termasuk peluang untuk menjadi jutawan seterusnya!



