ARTIKEL

Kredit: Bernama

Ahmad Zahid lepaskan peserta ASEAN Unity Drive 2025 di Jakarta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025) mencerminkan komitmen utuh Malaysia untuk memupuk integrasi serantau, mempromosikan mobiliti mampan dan memajukan inovasi di seluruh Asia Tenggara.

Ketika merasmikan majlis pelepasan peserta di sini hari ini, beliau berkata konvoi itu yang diketuai Proton e.MAS 7 dan merentasi sembilan negara anggota ASEAN, adalah lebih daripada sekadar ekspedisi fizikal.

“Ia merupakan satu kenyataan yang kuat mengenai cita-cita kolektif kita untuk menggabungkan kemampanan, inovasi dan kerjasama serantau ke dalam mobiliti pada masa hadapan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Majlis itu, yang berlangsung di Kedutaan Besar Malaysia di sini, menghimpunkan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Sarah Al Bakri Devadason.

Dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industry (MITI), ekspedisi bersejarah itu menyaksikan penampilan sulung Proton e.MAS selain mengetengahkan enam kenderaan elektrik dan empat model Proton siri X bagi melakukan perjalanan merentasi rantau ASEAN.

Konvoi itu akan melakukan perjalanan sejauh 9,000 kilometer melalui dua laluan di mana bagi laluan utara akan bermula di Hanoi kemudian ke Vietnam, Laos, Kemboja dan Thailand sebelum tiba di Malaysia manakala bagi laluan selatan bermula di Manila, melewati Filipina, Sabah, Brunei, Sarawak, Indonesia dan Singapura sebelum tiba di Malaysia.

Ahmad Zahid juga berkata beliau percaya inisiatif ini bukan sekadar menonjolkan peningkatan kepimpinan Malaysia dalam ruang inovasi bagi kenderaan elektrik dan automotif tetapi juga mencerminkan visi negara yang lebih luas untuk ASEAN yang berdaya tahan serta berpandangan ke hadapan.

“Saya harap akan dapat melihat impak positif yang bakal diilhamkan oleh perjalanan ke seluruh rantau ini,” katanya.

Ketika konvoi itu bergerak ke destinasi seterusnya di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ia akan terus berhubung dengan pihak berkepentingan, kerajaan dan komuniti di seluruh ASEAN, mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat serta memperkasa aspirasi bersama bagi pembangunan yang inklusif.

Beliau berkata kehadiran mereka mencerminkan semangat kebersamaan serantau dan hubungan erat diplomatik yang terus dipupuk dalam kalangan negara ASEAN. — Bernama

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan