ARTIKEL

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Sukan Orang Asli (KSOA) Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Educity hari ini. | Bernama

Ahmad Zahid nafi perselisihan dengan Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISKANDAR PUTERI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud perselisihan atau masalah antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata hubungan mereka tiada masalah secara peribadi mahupun rasmi, termasuk ketika menghadiri mesyuarat Kabinet serta majlis dan acara rasmi kerajaan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata BN kekal komited memastikan kestabilan politik negara sehingga tamat penggal selaras dengan resolusi Perhimpunan Agung UMNO.

Beliau berkata keputusan dibuat secara profesional bagi memastikan kestabilan politik, termasuk ketika BN memutuskan untuk menentang Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Beliau berkata kestabilan politik penting bagi mengekalkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia, selain menyokong pertumbuhan ekonomi negara, sambil menegaskan dakwaan mengenai masalah antara kepimpinan BN dengan Perdana Menteri tidak menggambarkan keadaan sebenar seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah