ARTIKEL

Kredit: FB Zahid Hamidi

Ahmad Zahid seru pengundi buat pilihan berasaskan fakta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak pengundi Johor mendapatkan maklumat tepat dan sahih sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi laman web prnjohor.com.

Beliau berkata platform digital itu menyediakan maklumat mengenai calon BN di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), manifesto, perkembangan kempen dan pelbagai maklumat berkaitan pilihan raya.

Ahmad Zahid berkata pengundi perlu membuat pilihan berdasarkan fakta dan maklumat yang tepat bagi memastikan proses demokrasi berjalan dengan baik.

Beliau menyampaikan perkara itu menerusi hantaran di Facebook bagi menggalakkan orang ramai menggunakan platform berkenaan sebagai sumber rujukan rasmi.

PRN Johor akan menyaksikan tempoh berkempen berlangsung sehingga hari pengundian yang dijadualkan pada 11 Julai seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian