ARTIKEL

Aziza Rahmaniar Salam. Foto BERNAMA Mobile Studio

AI bantu percepat pensijilan halal, namun peranan manusia tetap kritikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kecerdasan buatan (AI) berupaya mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses pensijilan halal, namun peranan pemeriksa manusia tetap kritikal bagi mengesahkan bahan serta proses pengeluaran produk yang kompleks.

Atase Perdagangan Kedutaan Besar Indonesia ke Malaysia, Aziza Rahmaniar Salam, menyatakan bahawa walaupun teknologi berkembang pesat, pemeriksaan fizikal masih diperlukan bagi memastikan pematuhan penuh terhadap keperluan halal terutamanya bagi produk kosmetik yang mempunyai pelbagai varian seperti dilapor Bernama.

Beliau menjelaskan bahawa proses pensijilan kini semakin cekap dengan pengawasan Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) di Indonesia serta adanya pengaturan pengiktirafan bersama antara BPJPH dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain itu, industri halal Indonesia kini giat memperluas pasaran ke sektor penjagaan kulit, kosmetik, pelancongan, dan kewangan di samping mengekalkan fokus utama terhadap segmen makanan dan minuman.

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjadi platform strategik bagi perniagaan Indonesia untuk menembusi pasaran global termasuk negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), rantau Arab, dan Afrika.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai