Tajuk: Quiver, Don’t Quake Penulis: Nadim Sadek
Penerbit: Puteh Press
Tahun Terbit: 2026
Harga: RM38.00
Buku Quiver, Don’t Quake karya ahli psikologi Nadim Sadek hadir ketika dunia sedang berdepan persoalan besar tentang masa depan kecerdasan buatan (AI).
Gagasan utama buku ini ialah kreativiti kolaboratif, iaitu kerjasama antara pengalaman hidup, naluri dan kepekaan manusia dengan keupayaan AI untuk menyoal, menyusun, mencabar serta meneroka kemungkinan yang lebih luas.
Ia membawa gagasan yang lebih besar, iaitu tentang manusia yang semakin memahami daya cipta mereka sendiri apabila mempunyai rakan ber kir yang baharu.
Ketika menulis buku ini pada pertengahan 2025, Nadim sudah melihat perkembangan awal ke arah kemunculan ejen AI yang berpotensi melaksanakan tugasan secara lebih autonomi.
Melalui interaksi dan dialog, AI boleh membantu seseorang melihat dengan lebih jelas lapisan terdalam dalam dorongan kreatifnya sendiri. I
ni merupakan peringatan penting bahawa AI boleh memperluas kreativiti, tetapi tidak seharusnya menggantikan usaha manusia untuk ber kir.
Apabila sesiapa sahaja boleh menghasilkan teks, imej, muzik atau idea dalam masa yang singkat, persoalan yang lebih penting bukan lagi sekadar, “Bolehkah kita menghasilkan sesuatu?”, tetapi “Adakah sesuatu yang kita hasilkan itu mempunyai makna?
Pengetahuan dan perkembangan sains komputer yang terkumpul selama puluhan tahun seolah-olah tiba-tiba memasuki kehidupan manusia.
Dalam bidang pendidikan pula, Nadim membawa satu mesej yang sangat relevan, iaitu untuk mengubah pendidikan, pendidik juga perlu berubah.
Kebimbangan bahawa AI akan menghapuskan pekerjaan tertentu tidak boleh dipandang ringan.
Namun, cabaran sebenar mungkin bukan sekadar AI mengambil pekerjaan manusia, tetapi manusia yang mahir menggunakan AI mungkin mengambil peluang daripada mereka yang tidak tahu menggunakannya.
AI juga boleh mengulangi kecenderungan berat sebelah yang terdapat dalam data serta menghasilkan kandungan yang tidak mempunyai konteks budaya atau nilai setempat.
Secara keseluruhan, pembaca boleh memperoleh beberapa pengajaran penting Akhir sekali, buku ini mengajar kita supaya tidak melihat AI sebagai penghujung kreativiti manusia.
Quiver, Don’t Quake pada akhirnya bukan sekadar buku tentang AI, sebaliknya merupakan seruan agar manusia berani mendepani masa depan dengan kiran terbuka.
Persoalan yang lebih besar sekarang ialah peranan apakah yang mahu kita pilih dalam perubahan tersebut, sama ada menjadi pemerhati yang takut, pengguna yang pasif atau pencipta yang berani bekerjasama dengan teknologi baharu.
Jika AI ialah cermin kreatif, perkara yang kita lihat di dalamnya akhirnya bergantung pada siapa kita sebagai manusia.



