ARTIKEL

Kredit: Bernama

AI mungkin menjadikan ramai hilang punca pendapatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Kira-kira satu perempat syarikat swasta besar di United Kingdom (UK) menjangka akan mengurangkan jumlah pekerja dalam tempoh setahun akan datang susulan penggunaan kecerdasan buatan (AI), lapor Financial Times memetik kajian oleh Institut Bertauliah bagi Personel dan Pembangunan (CIPD), menurut Sputnik/RIA Novosti.

Menurut laporan itu, sebanyak 26 peratus organisasi besar dalam sektor swasta dan 20 peratus majikan dalam sektor awam menjangka jumlah pekerja akan berkurangan dalam tempoh 12 bulan akan datang disebabkan penggunaan AI.

Kajian itu turut menunjukkan bahawa dalam sektor kewangan, 37 peratus pengurus menjangka mereka dapat mengurangkan tenaga kerja dengan bantuan AI, diikuti 26 peratus dalam sektor teknologi maklumat (IT) dan 24 peratus dalam sektor perundangan serta perundingan.

Tarikh kajian, bilangan responden dan margin ralat tidak dinyatakan.

Sebelum ini, satu kajian oleh bank British, Lloyds, mendapati lebih separuh rakyat UK menggunakan AI untuk mengurus kewangan mereka.

Lebih satu pertiga pengguna menggunakan AI bagi mendapatkan cadangan pelaburan, satu perempat bagi pengurusan hutang, manakala 39 peratus memanfaatkannya untuk perancangan kewangan jangka panjang termasuk maklumat mengenai pencen. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU