ARTIKEL

AI tidak mampu gantikan emosi dalam muzik, kata Yuna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yuna berpendapat karya muzik yang benar-benar menyentuh hati masih memerlukan sentuhan manusia walaupun teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin berkembang dalam industri kreatif.

Penyanyi dan komposer itu berkata elemen emosi serta pengalaman hidup manusia tetap menjadi asas utama dalam penghasilan lagu kerana AI tidak mampu menghasilkan rasa dan hubungan emosi yang mendalam dengan pendengar.

Menurut beliau, AI boleh digunakan sebagai alat bantuan untuk memperkemaskan karya, namun kebergantungan sepenuhnya terhadap teknologi itu dibimbangi menjejaskan nilai seni selain memberi kesan kepada artis dan penulis lagu yang mencari rezeki dalam industri muzik.

Yuna turut menyuarakan kebimbangan terhadap isu hak cipta apabila sistem AI dipercayai menggunakan karya artis sedia ada sebagai rujukan untuk menjana muzik baharu tanpa kawalan jelas seperti dipetik dari BERNAMA.

Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat itu berkata beliau kekal menggunakan pendekatan kreatif tradisional dalam penghasilan muzik selain bersyukur dengan sokongan peminat yang terus menstrim lagu-lagunya di platform digital.

BERITA LAIN

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di

Shuib Sepahtu tampil mohon maaf

PELAWAK Shuib Sepahtu mengambil tanggungjawab atas ketegangan yang berlaku antara dirinya dengan rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu, apabila tampil memohon maaf secara terbuka selepas hampir seminggu

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur