PENANTIAN empat tahun Aina Abdul untuk merangkul trofi Anugerah Juara Lagu (AJL) berakhir apabila lagu ciptaannya Terus Hidup mengungguli AJL ke 37 yang disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.
Kemenangan itu melayakkan Aina memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.
Aina turut diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Vokal Aina memukau juri dan diserikan dengan persembahan berkonsep atas awan.
Naib juara AJL 37 menjadi milik lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian Sona One dan Joe Flizzow menerusi karya ciptaan Sona One dengan lirik dihasilkan Sona One dan Joe Flizzow.
Mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Menduduki tempat ketiga dengan hadiah trofi dan wang tunai RM30,000 dimenangi lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos menerusi lagu ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Arwis dan lirik oleh Alif, Shah Shamshiri dan Romeo.




