ARTIKEL

Air Borneo strategi ekonomi Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENUBUHAN AirBorneo wajar dilihat sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang pembangunan ekonomi Sarawak dan bukan semata-mata reaksi segera terhadap rungutan awam berhubung harga tiket atau keterbatasan penerbangan, kata Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini.

Menurut beliau, keterhubungan udara merupakan prasyarat penting kepada pertumbuhan Sarawak memandangkan kedudukan geografinya yang bergantung kuat kepada pengangkutan udara untuk menghubungkan rakyat, pasaran dan peluang ekonomi.

Bagaimanapun, katanya, keterhubungan semata-mata tidak mencukupi sekiranya tidak disandarkan kepada disiplin ekonomi yang kukuh kerana syarikat penerbangan ialah entiti ekonomi kompleks yang beroperasi dalam industri kompetitif serta mudah terdedah kepada kejutan luaran.

“Industri penerbangan mempunyai margin keuntungan kecil, kos operasi tinggi, serta ketidaktentuan harga bahan api dan faktor geopolitik yang menjadikan kelangsungan sesebuah syarikat penerbangan sangat mencabar,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Dr Dzul Hadzwan turut mengingatkan bahawa aspek kemampuan harga tambang perlu difahami sebagai alat dasar, bukannya matlamat utama.

Sekiranya AirBorneo difungsikan terutamanya untuk menekan harga tiket domestik, beliau berpandangan syarikat itu berisiko menjadi mekanisme subsidi berterusan.

Pendekatan ini mungkin popular dalam jangka pendek tetapi melemahkan disiplin fiskal serta mengalihkan sumber awam daripada sektor berpulangan sosial lebih tinggi seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur digital.

Sehubungan itu, katanya, keseimbangan antara aksesibiliti dengan kelestarian komersial perlu dijadikan prasyarat untuk kelangsungan jangka panjang.

Mengulas struktur industri penerbangan Malaysia, beliau menyifatkan pasaran penerbangan domestik sebagai oligopoli yang dikuasai beberapa pemain utama dengan kekuatan jenama, rangkaian luas dan daya tahan kewangan tinggi.

Ini katanya, dalam struktur ini persaingan berlaku secara strategik, iaitu setiap keputusan berkaitan harga, kapasiti dan laluan akan mempengaruhi tindak balas pesaing lain.

Beliau merujuk sejarah industri penerbangan yang menunjukkan persaingan agresif dalam pasaran oligopoli sering membawa kepada kejatuhan perniagaan melalui perang harga dan pertindihan laluan.

Walaupun keadaan itu memberi manfaat jangka pendek kepada pengguna, ia akhirnya menjejaskan kestabilan kewangan semua pemain

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi