ARTIKEL

andas1, kandas2 & kandas3 KEADAAN kenderaan yang terkandas.

Air Sungai Rajang melepasi paras bahaya, penduduk terkandas di Jambatan Durin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Jalan raya menuju Jambatan Durin di sini kini dinaiki air menyebabkan banyak kenderaan terkandas sejak awal pagi tadi.

Jalannya hanya dapat dilalui kenderaan berat, sekali gus menyebabkan ramai orang awam terkandas di antara Durin dengan Sibu.

andas1, kandas2 & kandas3
KEADAAN kenderaan yang terkandas.

Keadaan ini menimbulkan kesesakan yang panjang di kedua-dua arah.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, Andy Alie, mengesahkan bahawa laluan tersebut masih belum selamat untuk kenderaan ringan.

Pihaknya kini memantau situasi dengan teliti untuk memastikan keselamatan semua pihak.

“Setakat ini, laluan tersebut tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Kami terus memantau keadaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut situasi,” jelas Andy ketika dihubungi, sebentar tadi.

Sementara itu, laporan terkini dari laman web iHydro Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, paras air Sungai Rajang melepasi paras bahaya di beberapa lokasi.

Antaranya adalah di Pekan Kanowit dengan paras air mencapai 6.5 meter, Bazaar Durin (5.12 meter), Sungai Salim B (4.11 meter), dan Rantau Kemiding (8.18 meter).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha