ARTIKEL

INI DIA... Awla Dris menunjukkan gambar air terjun tersebut.

Air Terjun Wong Pancur khazanah tersembunyi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Terkejut dan teruja, sebaik menyedari wujudnya “Air Terjun Wong Pancur” yang tersembunyi sekitar satu jam perjalanan dari Kampung Temiang, Simunjan.

Pusat riadah yang belum diterokai sepenuhnya oleh masyarakat itu menjanjikan ketenangan kepada pengunjung ekoran keindahan flora dan fauna.

BERPOTENSI… Air terjun Wong Pancur.

Mungkin sukar untuk digambarkan keunikan pusat air terjun yang telah wujud sejak berabad lamanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris memberitahu, air terjun yang telah wujud sejak sekian lamanya tidak begitu diketahui ramai.

Ini kerana lokasinya dalam kawasan kebun penduduk Kampung Temiang.

“Hanya penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan mengetahui kewujudannya.

“Kebanyakan masyarakat luar tidak mengetahuinya,” ujar Awla kepada Suara Sarawak.

Katanya, kawasan tersebut belum mempunyai jalan penghubung, sebaliknya hanya jalan denai.

“Memang terdapat jalan batu yang belum berturap tetapi ia tidak sampai ke lokasi air terjun tersebut.

“Untuk sampai ke sana, pengunjung perlu melalui jalan denai.

“Saya percaya sekiranya ada jalan yang lebih sempurna dapat dilalui kenderaan, ia memakan masa yang singkat untuk ke sana,” tambah Awla.

Beliau akui, kewujudan air terjun berkenaan memperlihatkan bahawa ia berpotensi menjadi produk pelancongan bagi Daerah Simunjan.

Oleh itu, Awla akan meneliti dari pelbagai sudut untuk mengetengahkan khazanah yang masih belum diketahui itu.

Beliau berharap kawasan berkenaan dapat dibangunkan sebagai pusat riadah dan rekreasi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan