ARTIKEL

Datuk Sri Lee Kim Shin

AirAsia gantung operasi Singapura-Miri dan Sibu berkuat kuasa 21 Februari 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia memutuskan untuk menggantung operasi penerbangan terus dari Singapura-Miri dan Singapura-Sibu berkuat kuasa 21 Februari 2024.

Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Lee Kim Shin berkata, pihaknya menerima makluman mengenai perkara itu menerusi e-mel yang diterima daripada AirAsia Berhad bertarikh 7 November lalu.

“Antara faktor keputusan tersebut diambil adalah jumlah penumpang yang rendah, kerugian besar dan sebahagian daripada inisiatif merasionalkan operasi penerbangan kerana kekurangan pesawat global,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Lee turut memberitahu AirAsia akan menghubungi semua penumpang yang terjejas mengenai penamatan operasi tersebut menjelang hujung minggu ini.

“AirAsia turut memaklumkan penumpang yang terjejas akan dipindahkan ke penerbangan transit bagi memastikan mereka masih sampai ke destinasi masing-masing.

“Semua penumpang akan dihubungi bagi dimaklumkan mengenai perkara ini termasuk tindakan seterusnya yang diambil untuk membantu mereka, pada akhir minggu ini,” jelasnya.

Lee seterusnya berkata bahawa beliau telah mengarahkan kementeriannya menulis surat kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia, Riad Asmat pada 8 November untuk mempertimbangkan semula dan mengekalkan kedua-dua laluan itu, dan mencadangkan kekerapan penerbangan dikurangkan.

Setakat ini, Airasia beroperasi empat kali seminggu dari Singapura-Miri dan tiga kali seminggu Singapura-Sibu dengan kapasiti muatan purata masing-masing 69 peratus dan 67 peratus.

Sehingga kini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia masih belum memberi maklum balas.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan