ARTIKEL

AirAsia lancar semula tujuh destinasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: AirAsia bakal melancarkan semula tujuh destinasi antarabangsa di China iaitu Macao, Shenzhen, Guangzhou, Kunming, Shanghai, Hangzhou dan Chengdu berikutan pemulihan kukuh yang berterusan pasca pandemik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata China merupakan pasaran penting untuk kumpulan AirAsia, yang merupakan syarikat penerbangan tambang rendah antarabangsa terbesar mengikut kapasiti prapandemik.

“Berdasarkan faktor muatan tinggi bagi penerbangan sulung kami ke/dari Guangzhou pada minggu lalu, permulaan semula perkhidmatan kami bukan sahaja akan memberikan nilai dan akses yang lebih baik kepada pengembara yang membuat perjalanan penting dari Malaysia dan pelancong dari China malah akan meningkatkan pertumbuhan pelancongan, perdagangan dan ekonomi di keduadua buah negara,” katanya dalam satu kenyataan.

AirAsia Malaysia bakal terbang semula ke empat destinasi di China dari dua hab – Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Macao, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming dengan kekerapan 10 penerbangan mingguan, dan sasaran untuk meningkatkan kekerapan sehingga 27 penerbangan mingguan pada Mac.

“Penerbangan pertama ke/dari China dimulakan semula pada 10 Feb 2023 lalu ke/dari Guangzhou dengan faktor muatan tinggi untuk penerbangan dua hala,” katanya.

Melengkapi penyambungan semula destinasi jarak dekatnya, AirAsia X Malaysia akan menyambung semula laluan dari Kuala Lumpur ke Shanghai, Hangzhou dan Chengdu dengan 10 penerbangan mingguan bermula 1 Mac 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benjamin Ismail berkata China akan menjadi tumpuan pasaran utama yang seterusnya apabila syarikat penerbangan itu memperkukuh strategi pertumbuhan melalui pelancaran laluan paling popular dan menguntungkan.

“Kami telah menyaksikan kejayaan yang luar biasa dengan perkhidmatan ke China pra-pandemik yang mana kami membawa lebih 1.8 juta tetamu ke/dari Chinapada 2019 sahaja.

“Kami percaya permulaan semula perkhidmatan ke China ini akan menjadi popular untuk pengembara perniagaan, pelajar antarabangsa, para tetamu yang melawat keluarga serta merangsang permintaan serantau antara dua pasaran besar melalui tambang rendah dan perkhidmatan bernilai tinggi,” katanya.

AirAsia Malaysia menawarkan tambang sehala terangkum untuk pengembara yang membuat perjalanan penting dengan harga bermula daripada RM151 dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Macau, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming.

AirAsia X Malaysia menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Shanghai, Hangzhou dan Chengdu dengan tambang sehala terangkum bermula daripada RM899/ RMB1,088 bagi tempat duduk ekonomi atau RM2,199/RMB3,288 bagi tempat duduk Premium Flatbed. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga