ARTIKEL

AirAsia X batal tempahan 15 pesawat Airbus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Airbus mengesahkan tempahan 15 pesawat A330-900 oleh AirAsia X dibatalkan menerusi persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.

Pembatalan itu dibuat susulan peralihan strategi Kumpulan AirAsia ke arah penggunaan pesawat berbadan sempit jarak jauh.

Sebelum ini, AirAsia X menempah pesawat A330-900 bagi mengendalikan penerbangan tanpa henti, termasuk laluan Kuala Lumpur-London.

Bagaimanapun, AirAsia X tidak memberikan ulasan lanjut berhubung pembatalan tempahan tersebut.

Awal tahun ini, kumpulan itu membuat tempahan bagi 50 pesawat Airbus A321XLR untuk menyokong rancangan pengembangan rangkaiannya seperti dipetik Bernama.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU