ARTIKEL

AirBorneo mengumumkan sebagai syarikat penerbangan rasmi Kuching City FC bagi musim 2026/2027.

AirBorneo Jadi Syarikat Penerbangan Rasmi Kuching City FC Musim 2026/2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke pentas bola sepak Asia, AirBorneo mengukuhkan komitmennya dalam pembangunan sukan Sarawak apabila mengumumkan sebagai syarikat penerbangan rasmi Kuching City FC bagi musim 2026/2027.

Perkara itu diumumkan menerusi hantaran rasmi di Facebook AirBorneo yang menyatakan sokongan penuh syarikat penerbangan milik Sarawak itu dengan kempen The Cats dalam pelbagai pertandingan domestik dan antarabangsa musim ini.

“Kami akan membawa The Cats merentasi pelbagai kempen termasuk Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Piala FA, Piala Malaysia, Liga Super, Kejuaraan Kelab ASEAN Shopee Cup dan Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL Two), sekali gus mengangkat kebanggaan Sarawak ke setiap perlawanan, setiap bandar dan setiap kemenangan,” menurut hantaran itu hari ini.

Kerjasama tersebut hadir pada musim paling mencabar dalam sejarah Kuching City FC selepas kelab berkenaan menamatkan saingan Liga Super 2025/2026 sebagai naib juara dan layak beraksi di pentas Asia buat kali pertama.

Kerjasama antara AirBorneo dengan Kuching City FC dilihat sebagai gabungan dua jenama yang sedang meningkat naik di Sarawak — kedua-duanya membawa aspirasi sama untuk mengangkat nama negeri ke peringkat lebih tinggi sama ada dalam bidang penerbangan mahupun sukan bola sepak.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah