ARTIKEL

Kredit: AirBorneo

AirBorneo umum tambang baharu pertengahan Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak dijangka mengumumkan kadar tambang baharu AirBorneo yang lebih rendah berbanding syarikat penerbangan sedia ada sama ada minggu depan atau pertengahan Julai ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, struktur tambang AirBorneo turut merangkumi bagasi dan makanan, sekali gus menawarkan nilai tambah kepada penumpang.

“Insya-Allah minggu depan ataupun pertengahan bulan Julai ini akan diumumkan kadar tambangnya.

“Kita dah janji… contohnya laluan Kuching ke Kuala Lumpur dan ia termasuk bagasi dan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Dana bagi pembinaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sri Satok, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan kadar tambang berkenaan dan memaklumkan pengumuman rasmi akan dibuat apabila tiba masanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai