TOULOUSE: Organisasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aeroangkasa terulung Malaysia, Airod dan kumpulan perindustrian dan antarabangsa Perancis, Satys, memeterai perjanjian usaha sama dalam menyokong aspirasi sektor aeroangkasa Sarawak.
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan sendiri majlis menandatangani perjanjian tersebut di Courtyard Marriott dekat sini, pada petang Ahad waktu tempatan.
Majlis perjanjian usaha sama ini dimuktamadkan dalam upacara pertukaran dokumen rasmi antara Datuk Firhad Uzir Abdul Rahim bagi pihak Airod dengan Ketua Pegawai Eksekutif Satys, Christopher Cador.
Usaha sama ini akan merangsang pertumbuhan, memacu kemajuan teknologi serta membuka peluang baharu dalam ekosistem aeroangkasa Malaysia, khususnya dalam menyokong aspirasi Sarawak dalam sektor ini.



