ARTIKEL

Ajar golongan muda subjek MA63, ICG

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERCAKAP… Abang Johari pada program Untukmu Malaysia “Stabil, Maju dan Makmur” di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, Kuching, malam tadi. FOTO: RAMIDI

KUCHING: Subjek berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) perlu dipelajari oleh anak Malaysia terutamanya bagi pelajar jurusan undang-undang.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara tersebut penting kerana kebanyakan golongan muda kini kurang mendapat pendedahan mengenai MA63 dan IGC.

“Ramai dalam kalangan anak muda kini kurang memahami bagaimana pembentukan Malaysia, ini kerana mereka tidak didedahkan dengan perkara tersebut. Disebabkan itu juga kita mempunyai masalah dengan MA63.

“Justeru, penting untuk anak Malaysia khususnya golongan muda mempelajari subjek berkaitan MA63 dan IGC kerana ia adalah dokumen yang penting untuk memahami bagaimana negara kita ditubuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program temu bual Untukmu Malaysia “Stabil, Maju dan Makmur” di Auditorium P.Ramlee di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, dekat sini, malam tadi.

Tambahnya, beliau juga percaya bahawa pemahaman berhubung MA63 dan IGC akan meningkatkan integrasi nasional dan menyemai sentimen perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari memaklumkan Kerajaan Sarawak sememangnya berhasrat untuk memberikan pendidikan percuma dari peringkat awal pendidikan hingga ke peringkat tinggi.

“Kita mempunyai bajet dan pendapatan yang baik. Minggu hadapan Sarawak akan membentangkan satu undang-undang bagi menubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat. Ia juga akan menjadi pelaburan masa hadapan kita,” jelasnya.

BERITA LAIN

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

100 guru berpeluang lihat prototaip ART dari dekat

KUCHING: Seratus warga pendidik berpeluang melihat secara dekat prototaip kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) dalam satu lawatan mereka di sini, baru-baru ini. Delegasi yang terdiri

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Manchester City juara lagi

PENYANDANG juara Manchester City mencipta sejarah kejohanan teratas bola sepak England apabila mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat berturut-turut. Kejayaan diraih anak

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

100 guru berpeluang lihat prototaip ART dari dekat

KUCHING: Seratus warga pendidik berpeluang melihat secara dekat prototaip kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) dalam satu lawatan mereka di sini, baru-baru ini. Delegasi yang terdiri