ARTIKEL

Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj (tiga, kanan) menyampaikan cenderamata kepada Naib Rektor Akademi Kewartawanan dan Komunikasi Vietnam (AJC), Dr Nguyen Duc Toan (empat, kanan), semasa kunjungan hormat delegasi AJC ke Bernama semalam.

AJC Vietnam rancang jalin kerjasama latihan industri dengan Bernama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Academy of Journalism and Communication (AJC) dari Vietnam merancang untuk menghantar pelajarnya menjalani latihan industri di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi memperoleh pengalaman praktikal.

Naib Rektor AJC, Dr Nguyen Duc Toan menyatakan bahawa langkah tersebut bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan dan piawaian latihan akademi itu dalam era digital.

Menurut beliau, pihak AJC amat menghargai kepakaran serta pengalaman yang dimiliki oleh Bernama dan akan berhubung dengan agensi berita tersebut bagi membincangkan prosedur kerjasama dalam masa terdekat.

Selain itu, AJC turut merancang untuk menjemput barisan kepimpinan Jabatan Pengarang Bernama bagi menyampaikan ucapan dalam persidangan media antarabangsa yang akan dianjurkan oleh akademi tersebut pada bulan depan.

Menurut Bernama, Dr Nguyen Duc Toan yang kagum dengan profesionalisme Bernama berharap agar kerjasama dalam bidang latihan dan kursus jangka pendek dapat direalisasikan antara kedua-dua pihak.

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU