ARTIKEL

AJK Cabang Keadilan Tanjong Manis umum perletakan jawatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Keadilan Tanjong Manis mengumumkan perletakan jawatan masing-masing dalam cabang itu.

Dalam sidang media di sini hari ini, perletakan jawatan itu melibatkan AJK cabang seramai 12 orang, lapan AJK Wanita dan 15 orang AJK Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Bekas AJK Cabang Keadilan Tanjong Manis, Annuar Basri berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara tanpa dipengaruhi oleh mana-mana individu lain.

Namun katanya, perletakan itu ada kaitannya dengan isu pemilihan cabang pada November tahun lepas yang tidak dijalankan mengikut prosedur.

“Kami dipilih atas dasar menang tanpa bertanding disebabkan oleh pihak yang satu lagi telah berpakat dengan AJK -AJK mereka yang lain untuk menarik diri agar pemilihan tidak dijalankan sekaligus menyebabkan Cabang menang tanpa menjalani apa-apa proses pemilihan.

“Kami juga merasa amat kecewa dan terkilan dengan kepimpinan tertinggi Keadilan Rakyat yang telah membatalkan Calon Ketua Cabang Keadilan, Dato’ Sri Aditajaya Abang Alwi tanpa alasan kukuh dan bukti yang sahih,” katanya kepada media.

Beliau berkata, keputusan itu juga dibuat kerana mereka tidak mahu bekerjasama dengan Ketua Cabang Keadilan Tanjong Manis yang tidak dipilih dengan cara dan pemilihan yang betul.

Ujarnya, ia seolah-olah ada unsur sabotaj terhadap calon Ketua Cabang yang sepatutnya bertanding tanpa ada sebarang gangguan dari pihak atasan Parti Keadilan.

“Kami juga ingin menyatakan usul tidak percaya kepada pucuk pimpinan parti Keadilan dan Ketua Cabang yang dilantik kerana tidak melalui proses pemilihan yang sah mengikut perlembagaan parti sedia ada.

“Kami juga yakin dan percaya terdapat unsur rasuah dan salahguna kuasa dalam pemilihan Cabang Keadilan Tanjong Manis yang diadakan pada November lalu.

“Jika beginilah cara Parti Keadilan Rakyat diuruskan yang melaung- laungkan Reformasi tetapi keadaan dalaman parti sendiri tiada satu bentuk ‘reform’ yang menyeluruh ia hanya menjadi sia-sia,” tegasnya.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah