ARTIKEL

Gambar hiasan

Akibat percubaan curi buah dabai di pusat penyelidikan pertanian, lelaki dikenakan bon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan diperintahkan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memotong dahan dan cuba mencuri buah dabai di pusat penyelidikan pertanian di Semenggok, 4 Januari lalu.

Wilber, 34, dari Kampung Bunuk itu, mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Abdurrahman Abrar Jarni.

Menurut fakta kes, pada 4 Februari lalu, sekitar jam 10.35 pagi pengadu melihat seorang lelaki tidak dikenali di sekitar kawasan penanaman pokok buah di pusat penyelidikan tersebut.

Pengadu melihat tertuduh sedang memotong pokok dan cuba mencuri buah dabai.

Tertuduh berjaya ditangkap dan seterusnya dibawa ke balai polis berdekatan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Barang-barang yang digunakan tertuduh turut dirampas seperti sebilah parang, dan seunit bakul buah.

Difahamkan, tertuduh mengaku pernah menceroboh masuk ke kawasan tersebut selain pernah mencuri buah dabai.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan sebagai langkah supaya tertuduh tidak mengulangi perbuatan terbabit.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Safly Nor Kazly, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha