ARTIKEL

Akses pendidikan berkualiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kerajaan Sarawak mengambil pendekatan serius dalam meningkatkan mutu pendidikan dan kemenjadian generasi muda di negeri ini.

Demikian tegas Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berkata, kesungguhan itu merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan kualiti pendidikan Sarawak tidak akan ketinggalan berbanding negeri lain.

Sehubungan itu katanya, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak diberi tanggungjawab melaksanakan dasar untuk melengkapi usaha Kerajaan Persekutuan. 

“Pendekatan itu bertujuan menambah baik pembangunan pendidikan Sarawak agar bidang ini terus dinamik,” katanya pada Majlis Perasmian Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh Guru Sarawak di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Abang Johari berkata, dari segi pendidikan dan modal insan, Sarawak berhasrat untuk memastikan pendidikan berkualiti boleh diakses oleh setiap lapisan rakyat.

Selain itu katanya, kerajaan juga komited membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan yang berdaya saing di peringkat global. 

“Menjelang 2030, kita menyasarkan Sarawak mempunyai persekitaran kerja yang berkualiti untuk memacu wawasan negeri dan cemerlang di peringkat global.

“Perkembangan inovasi dan teknologi juga perlu diberi perhatian yang serius kerana kedua-duanya memainkan peranan yang penting untuk menerajui pembangunan ekonomi yang mampan ke arah Sarawak yang makmur dan progresif selaras dengan Revolusi Industri (IR4.0),” katanya.

Beliau juga berkata, Kerajaan Sarawak sangat memahami bahawa kekuatan sumber manusia merupakan elemen penting untuk menjadi kuasa ekonomi.

Malah katanya, impian Sarawak seharusnya disokong oleh modal insan yang terlatih dengan sistem pendidikan yang bertaraf dunia kerana kekayaan sumber asli sahaja bukan jaminan.

“Saya yakin dan percaya, dengan usaha sama semua peringkat, kita dapat jadikan anak didik khususnya di Sarawak ini sebagai insan yang cemerlang dan berkualiti serta setanding dengan bangsa lain di seluruh pelosok dunia.

“Justeru, marilah kita sama-sama terus mengorak langkah untuk bersedia menerima perubahan dan terus memperkukuh kecekapan masing-masing demi pembangunan pendidikan Sarawak tercinta ini,” tambahnya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Pengarah Pendidikan Sarawak, Datu Dr Azhar Ahmad, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab, Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing

BERITA LAIN

Kepercayaan memakan diri

DUA hari lalu, polis Saratok mendedahkan seorang wanita warga emas dari Kabong terpedaya oleh seorang bomoh palsu dari Sibu. Terpedaya itu bukan seribu dua, belasan

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

Rampa menua, budaya Ulu Entabai pematak SIE

PEMANAH rampa menua, peneleba ngatur kem entukar besai ba tebing sungai sereta penyelai adat enggau budaya komuniti Iban nyadi pekara pematak raban program Sarawak Interior