ARTIKEL

Aksi bertenaga Hon Jian-Haikal tidak cukup menundukkan gergasi China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri, menampilkan aksi bertenaga sebelum tewas kepada pasangan handalan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 di Odense, Selasa.

Pasangan yang tidak disenaraikan itu tewas 19-21, 21-18, 15-21 dalam pertarungan sengit selama 53 minit kepada pilihan kelima kejohanan, yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Jyske Bank.

Sementara itu, beregu profesional lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan gandingan China, Xie Haonan-Zeng Wei Han, 21-13, 21-15.

Cabaran besar menanti pasangan ranking dunia ke-24 itu apabila dijadual menentang juara dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada pusingan seterusnya.

Pasangan pilihan utama kejohanan itu sebelum ini mudah menewaskan beregu tuan rumah, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer, 21-11, 21-11. — BERNAMA

BERITA LAIN

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan