KUCHING: Dua kelab veteran handalan, Arepeye United dan Veteran Betong akan mengadakan perlawanan persahabatan di Kompleks Sukan Betong pada Sabtu ini (26 Julai).
Pengurus Arepeye United, Mohamad Chik@Maddcoll memberitahu, perlawanan kedua-dua pasukan terbabit bermula pukul 4 petang.
“Kita akan ke Betong Sabtu ini untuk menjayakan perlawanan persahabatan menentang pasukan tuan rumah (Veteran Betong).
“Ia merupakan program atau perlawanan santai sahaja,” ujar Maddcoll kepada Arena Suara Sarawak.
Katanya, objektif perlawanan persahabatan itu untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pemain kedua-dua pasukan.
Selain, landasan terbaik untuk mengaktif kembali golongan sasar (veteran) bersukan atau bermain bola sepak.
Tegas Maddcoll, kedua-dua pasukan dibarisi ramai pemain berbakat serta pernah menyarung jersi skuad Sarawak suatu ketika dahulu.





