ARTIKEL

Lelaki yang melakukan aksi ‘wheelie’ ditahan polis selepas videonya tular di media sosial.

Aksi ‘wheelie’ tular, lelaki ditahan polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki ditahan polis selepas video memaparkan aksinya melakukan ‘wheelie’ di Jalan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya mengesan video berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi, 2 Oktober lalu.

“Semakan maklumat dan butiran penunggang motosikal dibuat sebelum polis berjaya mengenal pasti pemilik motosikal serta mengesan individu yang dipercayai terlibat.

“Pada hari sama, kira-kira jam 10.30 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kuching pergi ke sebuah rumah di kawasan Kuching dan menahan seorang lelaki yang dipercayai penunggang motosikal terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang kenderaan secara melulu dan membahayakan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi