ARTIKEL

Aktiviti perniagaan di Matu Daro ditutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) memaklumkan bahawa penyambungan penutupan sementara beberapa aktiviti perniagaan dan pusat aktiviti di sekitar Daerah Matu dan Daro bermula hari ini.
Menerusi notis yang dikeluarkan oleh Setiausaha MDMD, antara lokasi perniagaan terlibat adalah Pasar Tani Daro, Pasar Tani Tian, Daro Dao Uptown, Penjaja Pantai Kuala Matu, Pasar Malam Tanjung Manis, Pusat Aktiviti Matu dan Medan Selera Matu.
“Penutupan sementara akan bermula 27 Januari sehingga dimaklumkan kemudian kerana pertambahan kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat.
“Untuk sebarang pertanyaan, orang awam boleh menghubungi pihak Seksyen Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar di talian 017-8998774,” jelasnya.
Terdahulu pada 19 Januari Daerah Daro mencatatkan kes jangkitan Covid-19 kali pertama disusuli Daerah Matu pada 24 Januari manakala daerah terdekat Dalat kini zon merah.
Bagi daerah yang masih berstatus hijau dengan tiada jangkitan kes Covid-19 berlaku di Bahagian Mukah setakat semalam adalah Tanjung Manis, Matu, Daro dan Mukah.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha