ARTIKEL

Aku Yang Kau Sakiti Slot Samarinda TV3

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENYUSULI drama siri Obsesi Dia, kini hadir Aku Yang Kau Sakiti, hasil karya baharu di slot Samarinda, diarahkan oleh Riza Baharudin dan dihasilkan dengan garapan skrip oleh Farhana Fauri. 

Aku Yang Kau Sakiti menceritakan kisah gadis bernama Amanda (Rita Nadira), yang merupakan anak yatim piatu selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial, akibat terjerat dengan sindiket pinjaman wang.

 Tuan Danial mengambil pinjaman daripada sindiket atas arahan Tuan Zaki (Zamarul Hisham), yang pada masa lalu hampir dilanda mufl is. 

Selepas kematian bapanya, Amanda kini tinggal bersama ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid), dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) di rumah peninggalan arwah.

Malangnya, Sara memiliki sifat materialistik dan sering mengharapkan bantuan kewangan daripada Amanda.

Di samping itu, Amanda juga diberikan perhatian dan perlindungan oleh keluarga Tuan Zaki yang juga merupakan ayah kepada Bella (Fify Azmi), sahabat baiknya.

Tuan Zaki menganggap Amanda seperti anak sendiri dan terhutang budi dengan pengorbanan sahabat karibnya, arwah bapa Amanda. 

Namun, dendam yang terpendam di hati Amanda sukar dilenyapkan, terutama selepas menderita kehilangan bapanya sejak zaman sekolah. 

Kehilangan itu membentuk hubungan Amanda dengan orang sekelilingnya yang kelihatan indah, namun sebenarnya diselubungi sifat dendam yang membara dalam dirinya. 

Amanda menyimpan misi tersendiri untuk mencari keadilan.

Dia memutuskan bekerja di syarikat Tuan Zaki dengan rancangan rahsia untuk membalas dendam atas hal yang menimpa keluarganya. 

Mampukah Amanda melepaskan dendam kesumat terhadap Tuan Zaki?

Atau kehadiran Rykal akan membawa persepsi baharu dalam hidup Amanda dan perasaannya berubah menjadi cinta? 

Jangan lupa saksikan drama bermula 1 Ogos 2023, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

BERITA LAIN

RODRIGUEZ tampil dengan nada baharu

Membawa elemen muzik pop Iban kontemporari dengan pendekatan yang lebih segar, penyanyi muda Rodriguez Wan tampil menerusi single terbaharunya, Nadai Endur Mantah, yang mengetengahkan cita

BERITA TERBARU

Korea Utara disyaki godam RM24.3 bilion kripto

NEW YORK: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu menuduh Korea Utara mencuri lebih daripada AS$6.0 bilion (RM24.3 bilion) dalam bentuk aset maya daripada bursa kripto

Berani bersuara walaupun gemuruh

Baru-baru ini, saya berpeluang menyertai kelas Kuasai Asas Berucap dalam Dua Jam anjuran Kelab Pidato Perdana Antarabangsa. Terus terang, saya sangat gemuruh apabila berucap dan