ARTIKEL

FOTO INSTAGRAM | rdriguez.wann

RODRIGUEZ tampil dengan nada baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Membawa elemen muzik pop Iban kontemporari dengan pendekatan yang lebih segar, penyanyi muda Rodriguez Wan tampil menerusi single terbaharunya, Nadai Endur Mantah, yang mengetengahkan cita rasa muzik yang lebih dekat dengan generasi muda.

Lagu yang dilancarkan pada 25 Oktober lalu itu mencatat hampir 20,000 tontonan menerusi platform dalam talian, sekali gus memperlihatkan sambutan awal yang menggalakkan terhadap karya terbaharu penyanyi berkenaan.

Lagu itu dilancarkan di bawah label Francis Five Production dan diterbitkan oleh Platinum World Network Sdn. Bhd.

Bagi menambahkan daya tarikan karya itu, video muzik rasmi Nadai Endur Mantah turut menampilkan koreografi tarian hasil sentuhan Lanny Ho yang memberikan kelainan dari segi persembahan visual.

Pendekatan tersebut turut menyerlahkan personaliti dinamik Rodriguez sebagai penyanyi, selain memberikan pengalaman yang berbeza kepada peminat yang mengikuti perkembangan muziknya.

Sebelum ini, Rodriguez dikenali menerusi beberapa lagu, antaranya Baka Tekang Intan yang diperkenalkan pada 2024, diikuti Degum-Degum pada 2025 serta Joget Anang Enda pada 2026.

Beliau juga memiliki lagu berjudul Numur Satu yang melengkapkan senarai karya sepanjang perjalanan kerjaya muziknya.

Rodriguez turut mempunyai latar belakang keluarga yang berkecempung dalam bidang muzik kerana beliau ialah anak kepada penyanyi Iban, Melissa Francis, selain anak saudara kepada Hairee yang dikenali sebagai komposer dan penerbit muzik.

Dengan latar belakang keluarga yang mempunyai hubungan rapat dengan industri muzik, Rodriguez terus berusaha mengembangkan bakat serta membina identiti tersendiri dalam industri muzik Iban kontemporari.

Lagu Nadai Endur Mantah kini boleh didengar menerusi platform penstriman muzik digital, manakala video muzik rasminya turut boleh ditonton di saluran YouTube rasmi.

Sambutan awal terhadap lagu itu menjadi perkembangan positif buat Rodriguez yang terus mengetengahkan karya baharu untuk dinikmati peminat muzik Iban, khususnya dalam kalangan generasi muda.

BERITA LAIN

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

BERITA TERBARU

Udara bersih satu kemewahan

UNTUK sekadar berjoging, ada yang kini terpaksa melupakan taman rekreasi dan berlari di dalam pusat beli-belah. Itulah yang berlaku kepada sebahagian pelari di Singapura dan

Demonstrasi Gen Z Jerman cetus keganasan

**Teks:** FRANKFURT: Perusuh berpotong yang menjarah premis perniagaan di bandar Frankfurt, Jerman susulan demonstrasi besar-besaran berlarutan sejak Sabtu di seluruh negara itu kini bertukar menjadi