ARTIKEL

FOTO fail penunjuk perasaan menyalakan suar sebagai tanda protes semasa demonstrasi di Jerman. AFP

Demonstrasi Gen Z Jerman cetus keganasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

**Teks:**

FRANKFURT: Perusuh berpotong yang menjarah premis perniagaan di bandar Frankfurt, Jerman susulan demonstrasi besar-besaran berlarutan sejak Sabtu di seluruh negara itu kini bertukar menjadi ganas.

Polis rusuhan terpaksa melepaskan tembakan meriam air terhadap kumpulan anak muda yang melontarkan bom Molotov.

Beberapa anggota polis dilaporkan mengalami kecederaan dalam keganasan susulan penyertaan puluhan ribu orang dalam protes yang diterajui oleh golongan muda di seluruh negara, anjuran kumpulan ‘GenZ regelt!’ (Gen Z pasti boleh!).

Demonstrasi itu, yang mendapat inspirasi daripada gerakan serupa di Perancis dan Itali bagi mendesak golongan elit politik supaya memberi perhatian kepada kebimbangan generasi muda, pada mulanya berlangsung secara aman sepanjang hari.

Namun, ketegangan mula memuncak pada waktu petang apabila sekelompok anak muda enggan bersurai, sekali gus mencetuskan keganasan di beberapa bandar utama termasuk Berlin, Cologne dan Hamburg.

Dilaporkan, keadaan menjadi sangat buruk di hab kewangan Frankfurt, apabila pihak polis diserang oleh penunjuk perasaan yang membaling batu, suar dan bom petro). Polis kemudiannya bertindak balas dengan menggunakan meriam air serta semburan lada.

Pihak polis dalam satu kenyataan berkata, rusuhan ganas sedang berlaku. Cermin di beberapa kedai telah dipecahkan. Bom Molotov turut dilontarkan ke arah anggota perkhidmatan kecemasan.

Sebuah kedai senjata api antara yang dijarah selepas cermin premis itu dipecahkan. Pihak polis menyatakan bahawa mereka telah menahan seorang suspek dan merampas dua laras senjata.

Sebuah kedai kasut sukan dan sebuah kedai minyak wangi turut menjadi sasaran, lapor akhbar harian Bild.

Sebahagian besar kawasan beli-belah utama di Frankfurt telah ditutup dalam usaha pihak berkuasa untuk meredakan kekacauan tersebut.

Menurut seorang wartawan AFP, sejumlah van polis dan pasukan polis antirusuhan telah ditempatkan untuk menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan itu.

Sebuah helikopter polis berlegar-legar di ruang udara, sementara bunyi letupan sekali-sekala kedengaran di jalanan. Sekurang-kurangnya seorang anggota polis dilaporkan cedera di lokasi tersebut dan sedang menerima rawatan perubatan. Menteri Dalam Negeri Hesse, Roman Poseck mengesahkan bahawa kira-kira 100 ekstremis berhaluan kiri dikenal pasti telah menyusup masuk ke dalam tunjuk perasaan di Frankfurt.

“Cara perhimpunan di Frankfurt ini berakhir dengan situasi yang amat memalukan,” katanya.

Di bandar Hamburg dan Cologne, polis turut menggunakan meriam air selepas mendakwa penunjuk perasaan menyerasikan petugas perkhidmatan kecemasan dengan bungaa api, batu serta botol.

Di Berlin pula, perhimpunan protes berasingan yang dianjurkan oleh penganjur lain juga telah bertukar ganas. Polis melaporkan mereka telah dibaling dengan telur dan botol.

Seorang anggota polis di Bonn mengalami kecederaan ringan semasa berdepan dengan sekumpulan perusuh. Polis dilaporkan telah menahan sejumlah besar perusuh.

Penunjuk perasaan dilihat membawa sepanduk bertema “Masa untuk menentang” dan “Merz mesti berundur,” merujuk kepada Canselor Jerman daripada parti konservatif, Friedrich Merz.

Tuntutan gerakan itu merangkumi bantahan terhadap kos sara hidup yang tinggi, prasarana sekolah-sekolah yang tidak diselenggara dengan baik, serta pemotongan perbelanjaan kerajaan.

Secara umumnya, mereka membantah tindakan ahli politik yang membuat keputusan tanpa memikirkan masa depan generasi muda.

Kumpulan “GenZ regelt!” mendakwa kira-kira 120,000 orang menyertai demonstrasi di seluruh negara, lebih rendah berbanding sasaran awal 180,000 peserta.-AFP

**Kapsyen:** FOTO fail penunjuk perasaan menyatakan suar sebagai tanda protes semasa demonstrasi di Jerman.|AFP

**Kapsyen 2:** PENUNJUK perasaan golongan muda memegang sepanduk yang tertulis ‘Masa untuk menentang’ semasa demonstrasi yang dianjurkan oleh ‘GenZ regelt!’ di Jerman.|AFP

**Kapsyen 3:** PASUKAN polis antirusuhan menggunakan meriam air untuk meredakan gelombang penunjuk perasaan di Jerman.|AFP

—

BERITA LAIN

Udara bersih satu kemewahan

UNTUK sekadar berjoging, ada yang kini terpaksa melupakan taman rekreasi dan berlari di dalam pusat beli-belah. Itulah yang berlaku kepada sebahagian pelari di Singapura dan

BERITA TERBARU

RODRIGUEZ tampil dengan nada baharu

Membawa elemen muzik pop Iban kontemporari dengan pendekatan yang lebih segar, penyanyi muda Rodriguez Wan tampil menerusi single terbaharunya, Nadai Endur Mantah, yang mengetengahkan cita

Udara bersih satu kemewahan

UNTUK sekadar berjoging, ada yang kini terpaksa melupakan taman rekreasi dan berlari di dalam pusat beli-belah. Itulah yang berlaku kepada sebahagian pelari di Singapura dan