ARTIKEL

JUARA... Barisan pemain Axis Academy menjulang piala kemenangan bagi kategori final bawah 16 tahun.

Al Matteen dan Axis Academy rangkul juara PYFCT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Al Matteen dan Axis Academy masing-masing merangkul juara kategori bawah 14 dan bawah 16 tahun pada aksi akhir Kejohanan Tertutup Bola Sepak Belia Petronas (PYFCT) 2025 yang berlangsung di Stadium Sarawak, hari ini.

Kejayaan meraih juara memastikan kedua-dua pasukan tersebut layak untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara PYFCT yang dijadual berlangsung pada bulan November depan.

UNGGUL… Barisan pemain Axis Academy merakam gambar bersama-sama

Ketua Jurulatih Pasukan Al Matteen Mohammad Azhar Mazlan mengakui peluang layak ke liga juara itu akan digunakan sebaik mungkin dengan menyasarkan mampu memberi saingan hingga ke peringkat akhir.

“Alang-alang kita sudah mencapai ke arah ini, tidak salah untuk kita mengimpikan agar pasukan dapat melangkah ke peringkat akhir pada liga itu nanti.

JUARA… Barisan pemain Al Matteen juara kategori 14 PYFCT.

“Saya percaya dengan pengalaman lebih tiga tahun kami bersama-sama mengharungi cabaran PYFCT ini, ini merupakan kali pertama kita dapat merangkul juara dan layak untuk merebut peluang di kelayakan liga juara liga, saya pasti mereka (pasukan) tidak sabar untuk mengharungi itu,”katanya.

Beliau sambil itu mengakui anak buahnya berjaya mempamerkan aksi terbaik sepanjang liga dijalankan.

Sementara Ketua Jurulatih Axis Academy Bawah 16, Ahmad Tajudin Zunaidi berkata, kejayaan merangkul juara menjadi detik manis buat pasukan.

“Kejayaan ini hasil usaha mereka berlatih dan saya mengakui persiapan kita sebelum perlawanan selama tiga bulan terbalas dengan kejayaan manis.

“Kita tidak menyangka mampu melangkah sejauh ini, namun apa yang menggemberikan pemain memberikan aksi dan persembahan memberansangkan, sehingga kita mampu merangkul juara,”katanya.

PYFCT bawah 14 diungguli Al Matteen manakala tempat kedua dirangkul oleh pasukan Cascara Junior, diikuti tempat ketiga oleh SMK Sri Matang.

Manakala kategori bawah 16 tahun diungguli oleh Axis Academy selaku juara, diikuti naib juara SMK Sri Matang dan PFA Odin di tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Morshidi Frederick.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU