Trending

Alan Lagang teruja buru tempat di Piala Dunia Remaja B-20

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PENYERANG muda Sarawak, Alan Lagang Keryer, 19, komited untuk merebut peluang mewakili Malaysia ke Kelayakan Piala Dunia Remaja bawah 20 Tahun di Uzbekhistan tahun hadapan. B

eliau berangkat ke Kuala Lumpur semalam untuk menjalani ujian pemilihan skuad Harimau Malaya B-20 yang dikendalikan oleh Bradley Maloney, selaku ketua jurulatih.

Alan berkata, amat gembira dengan panggilan tersebut kerana ia adalah rezeki dan peluang terbaik. Sebelum ini beliau kandas dalam senarai skuad Bawah 19 tahun untuk Kejohanan AFC di Kemboja tahun lalu akibat kecederaan serius.

“Saya akan lakukan yang terbaik untuk menebus segala kesilapan tahun lepas. “Saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana saya adalah satu-satunya anak Sarawak yang diberi penghormatan membawa nama negeri.  “Ia adalah satu tanggungjawab besar buat saya,” katanya yang dihubungi Suara Sarawak kelmarin.

“Saya perlu bekerja keras dan menyesuaikan diri untuk bersaing. Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak mencabar kerana tidak dapat berlatih di padang. Jelasnya, dia berlatih bersama pasukan Sarawak United FC sejak empat hari yang lalu pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang beliau menjalani latihan tambahan bersama skuad Sukma. “Latihan agak sukar kerana telah lama berehat, tetapi saya yakin dengan penjagaan pemakanan, rehat yang cukup dan minum air secukupnya.

“Tidak ada masalah untuk saya mengembalikan kecergasan dan momentum dalam masa yang singkat,” ujarnya. Anak kelahiran Miri berbangsa Kelabit itu turut menggalas tugas sebagai penyerang Sarawak United FC dan pasukan Sukma Sarawak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru