ARTIKEL

Foto: Habsah Ismail

Aliff hadiah banglo RM1 juta buat ibu bapa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Tidak sampai sebulan selepas muncul rakyat Malaysia pertama bergelar juara dunia ONE Championship, jaguh Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menghadiahkan banglo bernilai RM1 juta kepada ibu bapanya di Rantau Panjang.

Atlet berusia 22 tahun itu berkata rumah berkenaan sudah siap dan boleh didiami sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan serta sokongan ibu bapanya, Rakib Ahmad, 52, dan Suriawati Che Wook, 46. Rumah itu dibeli menggunakan wang simpanan hasil kerjayanya sebagai atlet Muay Thai.

Aliff berkata kejayaan menewaskan legenda Thailand Sam-A Gaiyanghadao menerusi knockout (KO) pada pusingan kelima di Stadium Lumpinee, Bangkok pada Julai lepas merupakan pencapaian terbesar dalam kariernya. Kemenangan itu membolehkannya merangkul tali pinggang Juara Dunia Interim ONE Strawweight Muay Thai seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata kejayaan tersebut dicapai selepas bertahun-tahun berlatih dan membina kerjaya profesional di Bangkok, termasuk memperoleh kontrak bernilai USD100,000 (RM408,996) yang membuka lebih banyak peluang di pentas antarabangsa.

Aliff kini menyasarkan penyatuan gelaran dengan mencabar juara dunia mutlak strawweight Muay Thai, Prajanchai PK Saenchai, dan berharap pertarungan itu dapat diadakan di Malaysia jika mendapat peluang.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU