ARTIKEL

Suasana pengebumian Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di tanah perkuburan keluarganya di Demak Jaya, Jalan Bako pada jam 2.20 petang tadi.

Allahyarham Taib Mahmud selamat disemadikan di tepi pusara isteri, Laila Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selamat dikebumikan di tanah perkuburan keluarganya di Demak Jaya, Jalan Bako pada jam 2.20 petang tadi.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun disemadikan di tepi pusara isterinya, Puan Sri Laila Taib.

Cuaca hujan turut menyelubungi upacara pengebumian figura Sarawak itu, selain suasana penuh hiba dengan tangisan ahli keluarga Allahyarham serta hadirin.

Sebelum jenazah Allahyarham dimasukkan ke dalam liang lahad, upacara penyerahan bendera Sarawak dibuat kepada keluarganya, yang diterima oleh isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Kemudian dua anak lelaki Allahyarham, Mahmud Abu Bekir Taib dan Sulaiman Abdul Rahman Taib turut serta menyambut jenazah ayah mereka ketika diturunkan ke dalam liang lahad.

Usai selesai bacaan Talqin yang dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memulakan upacara menyiram air dan menabur bunga mawar di atas pusara Allahyarham dan kemudian oleh anakandanya, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.

Ia disusuli oleh Raghad dan keempat-empat anak Allahyarham, Jamilah Hamidah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah Hajar serta ahli keluarganya yang lain.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, timbalan-timbalannya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta kenamaan-kenamaan lain.

Sebelum itu, jenazah Taib disolatkan di Masjid Demak, Jalan Bako selepas diberi penghormatan terakhir oleh rakyat di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam perjalanan jenazah Taib dibawa ke Masjid Demak, kedengaran sebanyak 87 das tembakan meriam dilepaskan daripada 12 laras meriam yang diaturkan di sepanjang jalan dari DUN ke Masjid Demak sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Upacara itu melibatkan seramai lima Pegawai dan 60 anggota lain-lain pangkat Rejimen Ke-8 Artileri Diraja.

Allahyarham Taib disahkan meninggal dunia
kira-kira jam 4.40 pagi semalam di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, dipercayai disebabkan komplikasi kesihatan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha