Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 pasar tani baharu selain menaik taraf 40 pasar tani sedia ada dengan nilai jualan RM200 juta tahun ini.
Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata sepanjang tempoh 39 tahun penubuhannya, pasar tani telah melalui beberapa fasa antaranya Fasa Pengenalan (1985-1994), Fasa Pengukuhan (1995-2003), Fasa Pemodenan (2004-2010), Fasa Transformasi (2011-2020) dan Fasa Pendigitalan (2021-kini).
“Sehingga kini, terdapat 223 pasar tani di seluruh negara dengan melibatkan penyertaan sebanyak 8,542 usahawan dan berjaya mencatatkan nilai jualan RM244.6 juta,” katanya.



