ARTIKEL

Amal kebiasaan baharu demi keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Garis panduan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu dilaksanakan ketika pembukaan sektor ekonomi dan sosial, termasuk perkhidmatan pejabat kerajaan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP).

Residen Bahagian Limbang, Ir. Ahmad Denney Ahmad Fauzi berkata, ia adalah selaras dengan garis panduan asas operasi pejabat Kerajaan Sarawak semasa dan selepas PKPB.

“Pematuhan adalah penting bagi memastikan keselamatan serta mengekang wabak Covid19,” ujarnya.

“Transformasi budaya atau kebiasaan baharu kerja Penjawat Awam Negeri Sarawak (PANS) yang diamalkan semasa PKPB ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kebajikan PANS.

“Selain itu, pematuhan garis panduan adalah untuk mencegah penularan wabak dalam kalangan PANS yang merupakan nadi penggerak kemajuan Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke agensi Kerajaan Negeri di bangunan Limbang Plaza. Jabatan yang dilawati adalah Jabatan Kerja Raya Limbang, Pejabat Tanah dan Survei,

Limbang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Limbang, Majlis Daerah Limbang dan Jabatan Pengairan dan Saliran Limbang. Ahmad Denny yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang menasihati agensi dan jabatan kerajaan agar mematuhi piawaian atau SOP.

“Antaranya ialah memberi ingatan mesra kepada agensi agar menyediakan ruangan pendaftaran dengan menulis nama serta nombor telefon pelanggan yang berurusan.

“Turut dititikberatkan adalah menanda ruang tempat duduk pelanggan yang berurusan dengan jarak satu meter,” ujarnya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan raya kepada seluruh warga kerja pejabat Daerah Limbang.

Tambahnya, dialog Residen Bahagian Limbang bersamasama PANS di beberapa agensi telah memberi peluang kepadanya untuk lebih memahami dan mengetahui status semasa pematuhan serta pengoperasian agensi Kerajaan Negeri di sekitar bangunan Limbang Plaza.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu