ARTIKEL

Aminulhoda yang juga Pengerusi PH Johor. Gambar Bernama

Amanah buru kemenangan di bekas kubu sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Amanah berhasrat merampas semula beberapa kerusi DUN yang pernah dimenanginya, termasuk Parit Yaani dan Kota Iskandar, pada PRN Johor.

Menurut Bernama, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata parti itu akan bertanding di 19 kerusi DUN, termasuk Simpang Jeram yang dimenanginya pada PRN 2022.

Selain itu, Amanah turut meletakkan calon di Permas, Kemelah, Tenang, Serom, Maharani dan Bukit Pasir.

Beliau berkata parti itu tetap yakin mampu memberi saingan walaupun beberapa kawasan dikenal pasti sebagai kubu kuat BN, selain melihat potensi di kawasan pinggir bandar.

Pada masa sama, PH memutuskan untuk menyerahkan kerusi Endau, Pulai Sebatang dan Senggarang kepada PKR. Setakat ini, pengagihan kerusi Puteri Wangsa dan Larkin masih belum dimuktamadkan, manakala PRN Johor dijadual berlangsung pada 11 Julai dengan penamaan calon pada 27 Jun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di